Hidrogen cecair

Hidrogen cecair (atau cecair hirogen, disingkatkan sebagai LH2 atau LH2) ialah unsur hidrogen yang berkeadaan cecair. Unsur ini ditemui secara semulajadinya dalam bentuk molekul H2.H2 disejukkan bawah titik genting hidrogen pada 33 K agar unsur tersebut dapat wujud dalam bentuk cecair, namun ia jharus disejukkan sehingga 20.28 K[3] (−423.17 °F/−252.87 °C)[4]untuk mencapai keadaan cecair yang penuh tanpa kecenderungannya mendidih pada tekanan atmosfera. Satu cara biasa memperoleh cecair hidrogen ini ialah melalui suatu pemampat yang mirip enjin jet dari segi fungsi dan reka bentuknya. Cecair ini secara umunya digunakan sebagai penyimpanan hidrogen berkepekatan tinggi. Penyimpanan hidrogen mengambil ruang yang lebih kecil dalam bentuk cecairnya berbanding bentuk gasnya pada suhu dan tekanan yang biasa, sepertimana gas-gas lain; namun ketumpatan cecairnya sangat rendah berbanding bahan-bahan api biasa yang lain. Apabila gas hidrogen ini telah dicecairkan, ia boleh disimpan dalam bentuk cecairnya dalam bekas yang berpenebat haba dan bertekanan tinggi.

Rujukan

WikiPedia: Hidrogen cecair http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.762.h... http://www.safety.seas.harvard.edu/services/hydrog... http://chemapps.stolaf.edu/jmol/jmol.php?model=%5B... http://fdasis.nlm.nih.gov/srs/srsdirect.jsp?regno=... http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/summary/summary.cg... http://webbook.nist.gov/cgi/fluid.cgi?Action=Load&... http://www.kegg.jp/entry/C00282 http://www.almc.army.mil/alog/issues/MayJun00/MS49... http://www.commonchemistry.org/ChemicalDetail.aspx... http://media.iupac.org/publications/pac/1970/pdf/2...